Program MDT Round Pertama sudah berlalu dan keputusan diumumkan dalam list peserta. Tahniah diucapkan kepada pemegang ID berikut:
- 1020 (top - penggondol hadiah round pertama)
- 1040
- 1055
- 1135
- 1160
- 1165
- 1220
- 1230
- 1235
- 1260
Mereka adalah top 10 bagi round pertama MDT. MDT akan berakhir 15 Februari 2009. Masih ada lebih kurang 2 minggu bagi peserta lain untuk meneruskan langkah - yang kekadang longlai di tengah-tengah program. Hadiah di peringkat final lebih menarik. Sila rujuk di sini. Saya akan berkongsi sedikit analisis tentang performance program ini dengan semua bagi memastikan anda tahu apakah yang boleh dilaksanakan untuk memenangi program ini. Paling tidak, analisis ini akan memberi panduan untuk anda meneruskan bisnes online berjaya.
Jika merujuk kepada My Score , kita akan dapati beberapa perkara tentang bagaimana untuk menjadi top dalam program ini: banyakkan poin A7 - dimana pelawat web anda perlu mengundi anda. Selain itu banyakkan A8 - Catatanku. Mudahkah?
Mungkin ada yang menjawab mudah? Tetapi kita akan dengar pendapat mereka yang berada di Top 10. Kalau anda bukan di Top 10, masih banyak peluang. Mari kita perhati sama-sama apa yang berlaku untuk mendapatkan lebih poin dari aktiviti A7 dan A8.
Analisis Aktiviti A7
- Untuk aktiviti ini, anda perlu mendapat vote dari pelanggan atau pelawat anda.
- Kekadang untuk menjemput individu lain melawat web and, anda perlu ada bahan atau sesuatu yang menarik serta baru. Dengan ada Survey4Rewards, mereka akan merasakan lawatan mereka bukan hanya untuk 'beli' tetapi boleh dapat sesuatu. Menurut kajian internet, kalau ada sesuatu yang dapat diperoleh, seseorang akan lebih melawat ke web anda. Perolehan itu mungkin $$, motivasi, ilmu dan sebagainya.
- Aktiviti A7 ini bukan semata-mata mendapat vote. Berikut ialah latihan-latihan yang dijalani oleh mereka yang mengambil tindakan ini:
- Daftar program MDT dengan penuh semangat. Ada yang semangat di peringkat awal, tetapi kendur dan lemah di hujung. Ini menyebabkan langkah seterusnya tidak diambil.
- Selepas daftar, membaca tips dan panduan meningkatkan trafik.Ada yang baca, tetapi ada yang tidak mengambil tindakan. Tindakan seterusnya yang dicadangkan ialah meletakkan borang vote.
- Meletakkan borang vote memerlukan komitmen dan fokus. Ada yang mengambil ringan dan tidak check samada betul atau salah borang yang dimaksudkan. Kalaupun silap, ia boleh ditrace dengan menghubungi admin MDT. Ini semua menunjukkan kesungguhan.
- Kesungguhan ini nampak apabia peserta check score dan bertanya 'mengapa tak de orang vote saya atau vote kurang'. Beberapa orang yang bertanya telah diberikan tip untuk meningkatka pelawat dan kesannya vote meningkat.
- Ada yang silp format meletakkan borang yang akhirnya vote tidak berjaya atau ada pelawat yang vote tapi tidak klik untuk confirm.
- Untuk mencari kawan atau pelawat untuk vote, ia memerlukan hubungan yang baik dengan pelawat. Ini perlukan kesungguhan untuk mendapat satu vote tersebut.
- Kesungguhan untuk promote web perlu pelbaga.
- Banyak lagi poin-poin lain yang menerangkan latihan yang diperoleh oleh peserta yang melaksanakan aktiviti ini. Lantaran itulah, pihak MDT meletakkan 20 poin bagi setiap vote.
Analisis Aktiviti A8
- Jika diperhatikan, tidak nampak kesan atau faedah dengan menulis Catatanku. Tetapi pihak MDT meletakkan aktiviti ini dengan 10 poin kerana ia memberi kesan yang besar kepada peserta.
- Apakah kesan tersebut? Apabila seseorang itu membuat catatan, paling kurang ada 2 kesan:
- Anda akan affirm dengan apa yang anda laksanakan. Anda akan luangkan masa untuk berfikir tentang apa yang anda laksanakan. Ramai peniaga di internet tidak memberi peluang untuk fikir dan menyusun strateg sehingga kedai yang dibuka tidak maju atau tidak diperbaiki kekurangannya.
- MDT Manager membaca catatan anda. Peserta lain membaca catatan anda. Ini akan memberi semangat kepada peserta lain. Pihak MDT tahu akan perkembangan anda dan kami akan cuba membantu mana-mana peserta yang membuat catatan. Kalau tiada catatan, kami merasakan tiada usaha yang dibuat atau kalau ia dibuat, kami tidak tahu ingin membantu di bahagian mana. Kami tidak tahu di manakah poin yang anda faham dan yang mana tidak.
- Malah kalau dilihat, peserta yang menang round pertama, adalah individu yang membuat catatan. Dan kadar vote yang dapat berkadar langsung dengan catatan yang dibuat. Ini disebabkan catatan ini akan memfokuskan diri anda untuk mengambil tindakan bagi memajukan perniagaan anda. Tips yang kami beri di peringkat awal program ialah 1 jam sehari untuk MDT.
Semangat makin luntur?
Kami memanjangkan program ini kerana pelbagai isu yang berlaku di peringkat dunia seperti tragedi Gaza. Diharapkan dengan masa yang lebih lama, akan makin banyak usaha yang boleh dibuat di dalam pelbagai cabaran yang berlaku di peringkat dunia. Namun rate performance adalah makin menurun. Kami sedar ia ada kaitan dengan motivasi dan tips yang dihantar ke email peserta. Seorang peniaga yang berjaya ialah yang mampu konsisten dengan apa yang dilaksanakan. Adalah lebih baik apabila proses kerja dapat dilaksanakan dengan automatik yang hanya perlukan pengawasan minimum. Hal ini akan diajarkan kepada kumpulan MDT pada fasa ke 2, Insha-Allah.
Jadi apa tindakan anda seterusnya? Teruskan usaha dan kami akan membantu anda semampu kami.





