..Terima kasih. Alhamdulillah... Nampaknya jumlah pelawat ke web saya sudah semakin meningkat. Saya sudah nampak salah satu tujuan teknik ini. Boleh menambah traffics ke web saya. Bestnye. - MDT ID 1020
Begitulah antara hasil apabila anda mengikuti langkah-langkah dalam My Dream Team. Teknik yang dinyatakan dalam MDT ini sememangnya berkesan dan berasaskan pelbagai sumber bacaan dan kajian untuk meningkatkan trafik. Namun yang pasti, semua usaha ini bermula dengan ANDA. Anda perlu mulakan.
Salah satu perkara penting dalam perniagaan ialah persistence. Apakah tips untuk menyemak samada anda sudah persistence dalam berniaga?
1) Anda ada web dan anda baikinya dari semasa ke semasa. Kalau ia tidak diupdate atau diupgrade, ia memberi maksud anda tidak cukup persistence. Kalau dulu blog, anda ingin meletakkan domain dan host sendiri. Kalau dulu order manual, kini anda ingin menggunakan cart. Ia akan memberi mesej kepada pelawat anda bahawa anda menunjukkan kemajuan dan lebih meyakinkan. Tidak semestinya anda perlu belanja mahal. Dalam program MDT ini, dapatkan tips untuk melaksanakan perkara ini dengan murah atau PERCUMA.
2) Anda ada senarai pelanggan dan pelawat anda dan anda sentiasa follow up. Mungkin pelawat anda tidak mahu beli dari anda hari ini. Mungkin bukan besok. Tetapi apakah kelebihan pelanggan anda walaupun belum membeli lagi? Mungkin dia akan bercakap kepada kawannya, atau akan ingat anda suatu hari nanti. Namun ada satu syarat. Anda mesti follow up - samada berkongsi berita atau offer. Itu sebabnya auto response amat penting bagi peniaga. Kalau anda ada sistem affiliate untuk kedai, anda boleh memberi insentif kepada pelawat anda dan memintanya untuk recommend anda. Kerana dia akan dapat sedikit income dengan beritahu anda pada orang lain. Usaha sebegini menunjukkan bahawa anda persistence.
3) Anda belajar dan belajar memajukan bisnes. Memang diakui ada aktiviti dalam MDT yang memerlukan anda belajar ilmu baru. Namun itu menunjukkan anda persistence untuk berjaya. Amat ramai businessman / women di dunia ini yang sibuk berjual sehingga hilang strategi untuk menambah ilmu dan melihat semula kemajuan bisnes. Ini adalah ancaman kepada bisnes. Anda boleh lihat bagaimana Dell dan IBM terus aware dengan ilmu dan teknologi baru. Kalaulah mereka guna strategi mereka sejak awal, pasti mereka akan dikalahkah. Inilah yang menjadikan produk tertentu kalah di pasaran kerana tidak menambah ilmu dan strategi. Dalam syarikat besar, mereka menghantar pekerjanya ke training. Namun anda sebagai kecil atau sederhana, andalah yang perlu mengikut ilatihan. MDT salah satu option yang ada.
Saya akan berknongsi lagi tip untuk anda. Semaklah perkara di atas dan laksanakan sepenuhnya untuk masa akan datang.





