Bayangkan anda menjemput seorang rakan anda untuk melawat web anda. Berapakah yang akan datang biasanya? Paling banyak seorang - kalau mengikut kaedah biasa. Inilah yang berlaku dalam masa seminggu ini. Anda menjemput pelawat dan pelanggan anda secara linear. Kalau 25 orang yang dijemput, maka maksimum 25 orang yang akan datang. Kalau ada 100 orang, maksimum 100 oranglah yang melawat. Itupun kalau mereka sudi melawat. Kalau tidak? Mungkin anda hanya dapat 30% atau 20% sahaja yang sudi menjengah ke web untuk mengundi anda.
Bukankah menarik kalau seorang yang dijemput, ia akan membawa 3 orang lagi. Tiga orang nie juga akan membawa 3 orang lagi masing-masing. Sehinggakan pelanggan atau pelawat anda menjadi 1-3-27-81-243 dan seterusnya..menarik bukan? Inilah kaedah yang akan diperkenalkan MDT - dan ia akan diberi kepada mana-mana peserta yang mempunyai skor lebih dari 60. Jadi kalau skor anda 60 atau ke bawah, pastikan anda berusaha untuk meningkatkannya. Senarai skor terkini boleh diperhatikan di sini.


